Friday, March 5, 2010

3 sebab penting kenapa wanita wajib murung.

Teringat aku masa kecil kecil dulu, Kena kejar dengan hantu cantik masa balik mengaji. Padahal tak tahu pun itu hantu ke apa. Apa yang penting adalah, lari sambil menjerit "lari! hantu! lari! hantu!"


Puncar utama adalah apabila gedung-gedung membeli dan membelah seperti Pavilion, KLCC, One Utama, Sunway Piramid, The Gardens, KB Mall, City Square dan Queensbay Mall tidak lagi menjadi tajuk perbualan gadis, wanita, perempuan dan awek. Mereka lebih gemar berbincang mengenai cara untuk menculik Zakwan dari Kem Tegas Mesra, Selama, Perak, mengenai makanan kegemaran Zakwan dan tidak pernah lekang untuk risau akan keadaan Zakwan disana. Keadaan mereka sudah tidak lagi boleh dibendung. Dan ia adalah kritikal. Mereka tiada alasan yang kukuh untuk berhias sekira mereka hidup tanpa Zakwan. Dan kesemua gedung-gedung ini besar kemungkinan akan menutup premis mereka dalam jangka masa 3 bulan selepas 1 April.


Puncar keduanya adalah gadis gadis dan wanita bekerjaya tidak lagi ke kelab kelab malam dan tiada lagi erti bagi mereka untuk menunggu Zakwan di hadapan screen komputer/laptop. Kesemuanya akan tamat selepas 3 bulan. Apa yang Zakwan perlukan daripada kamu semua hanyalah terus berdoa agar tiada jejaka lain yang mampu menambat hati rindu kamu semua. okay? Satu bencana besar akan melanda global (dan dan destination, sooofff ombak setinggi high heels jenama vinnci) okay. Sila kembali serius wahai penulis.


Puncar terakhir adalah keramaian jejaka (acah acah) tampan di town telah mengaplikasikan gaya termoden dari Zakwan dan memberikan nama seperti Pinky la, Denver la. Tak suka tak suka! Ingat ya gadis, wanita, perempuan dan awek di luar sana. Dapatkan yang asli!




Jejaka ini sanggup menggadaikan maruah dan nyawa hanya untuk mendapatkan rahsia bergaya dan sempurna. Tanpa Zakwan Dunia tidak sempurna.

4 comments:

nur azlyn said...

hahaha kau tak leh bangang lagi ek weyh! :D

Zack Medek said...

hahaha. chill sudah. tergugat kew? HAHAHAHA

Anonymous said...

Sememang nya kamu Penglipur Lara yg terunggul....

Penglipur Lara

Zack Medek said...

Tak tak penglipur lara itu awak. Tapi saya adalah tok dalang. tok dalang harus terus bercerita. haha