Sunday, October 24, 2010

BORHAN

Di satu kawasan perumahan di sekitar Shah Alam. Terdapat seorang kanak kanak berumur 5 tahun yang meminati sukan rakyat. Antaranya, gasing, nyorok nyorok, batu seremban dan lain lain. Disebabkan beliau meminati watak utama dalam cerita animasi Kluangman. (minat sangat2 sampai pernah pakai panties ibu dia dibuatkan topeng muka) Beliau meminta kesemua ahli keluarga, kawan kawan main teng teng dan jiran tetangga memanggil beliau BORHAN. (obses)

Dan harini sudah 15tahun beliau dipanggil BORHAN. Dan dia masih lagi dikenali sebagai BORHAN.


ya borhan. ya.


ya lah 'bor' tu borhan lah fattah. berapa kali nak bagitahu !

Friday, October 15, 2010

ey menulis menulis !

sejak patah hati. aku berhenti menulis. hampir setiap hari aku diajukan soalan yang sama. "hey you, dah tak update blog ke", bro, update ah blog. aku nak follow siapa", you, please la reply comment i kat blog youuuu."


bukan apa, aku menulis untuk siapa? untuk aku atau untuk mereka? aku cuma post aja yang tinggalkan dalam draft

bukan punca patah hati menyebabkan aku berhenti. tapi, mungkin sudah tiada sebab untuk aku menulis.

ey mana boleh, penulis harus terus menulis. bukan setakat melukis.



harini mungkin awan tu cerah. esok lusa?

kawan kawan titik noktah

dalam format menjaga hati kawan-kawan.
mungkin kita tak perlu riak untuk tampil segala kemewahan yang kita ada
dengan hasil kikisan dari serahan badan.
motif.umpamanya kawan-kawan itu tak mampu kot peroleh kemewahan yang di bobrok-bobrok kan itu.
haiya kawan. tak perlu berfikir engkau lah punya segala.
usaha sendiri itu lebih bernilai dari permata yang di peroleh dari hasil kerja keji.
tak perlu bangga atas setiap perkara dosa.

ya.aku ini juga bukan malaikat yang sempurna segala sisi.
aku juga punya dosa yang tinggi dan tidak terhitung.
jadi aku tak bangga sama dosa-dosa aku.
tak perlu pamer.
cukuplah aku simpan sendiri untuk di muhasabah.
ia begitu malu dan busuk untuk di tayang-tayang.

aku tahu setiap manusia itu ada kelemahan sendiri.
sedang jika kelemahan itu di buat-buat untuk kelihatan lebih menarik bagaimana?
sedang kau tahu segala hukumhakam.
jelasnya kau bukan jahil.
tapi kau berbangga berlaku jahil. diri kau kosong tanpa pegangan.
kasihan kan.

aku juga tidak mulia.
tapi aku ada juga selitkan kau dalam setiap doa.

moga kau kenal diri kau sendiri.
bukan diri yang di pinjam tuhan,yang pandai cerdik seperti Albert Einstein itu.
yang hakiki nya kita ini dari tanah yang levelnya sama saja.
tanah yang kotor dan berlumuih itu.
itulah kita yang sebenar.


pokok ditiup angin nescaya bergoyang juga.