Thursday, October 29, 2009

HONDA JAZZ SUNDAL!

Ya memang aku tidak nafikan yang bantuan harus diterima dengan hati yang terbuka tetapi janganlah sehingga perlu diaplikasikan sehingga menjadi buah mulut sejagat.


Mengambil hak orang lain itu dikira zalim. Kamu semua hanya berani memberikan pendapat tetapi tidak rela dikritik. Aku benci akan sikap egoistik kamu semua. Aku tidak hiraukan hubungan intim berpecah belah. Paku selang paku serpih, mengata orang dia lebih. Pandangan pro dan kontra yang kamu semua paparkan hanya khalayan belaka kerana aku tidak percaya akan nya. Kerana aku percaya suatu hari pasti kamu semua akan meletakkan harapan kepada aku. Bak kata pepatah, terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Baca sini wahai saudaraku semua, aku ada ayat pedas. "Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya, siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak, sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati." Oleh itu, janganlah kamu semua menjadi masyaraat yang naid dengan mata kebendaan yang melalaikan.

Aku begitu berterima kasih kepada Ibuku yang mencuba sedaya upaya menangkis segala tuduhan yang tidak berasas daripada ekstermis. Aku juga akan berusaha untuk melepaskan beliau daripada kongkongan yang selama ini dianggap menmbelenggu ideologi dan menikam sanubari beliau.


Fahamlah, Sesungguhnya, menangis ketika berundur adalah lebih baik daripada merintih selepas melangkah. :)


Aku bukannya menyampah dengan kalian. tetapi ingatlah, manusia bukanlah 'haiwan robotik' yang tidak mempunya rasa dan jiwa. Bebaskan diri anda daripada cara berfikiran sempit.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)



From,
Zakwan Fitri Jaafar
To,
Cousinians.

1 comment:

nikaizat said...

high level of cynical...congrate...sape2 yg baca mmg terasa la beb!!