Thursday, November 12, 2009

internet addiction disorder

Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah
menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi
sejenis penyakit
atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet
addiction disorder) atau pun ketagihan komputer?

Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan?

Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu
terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku
disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet
juga boleh menyebabkan ketagihan? Ini merupakan satu aspek
yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian
memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan
internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab
tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh.
Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari
ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan
sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga
difikirkan.

Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk
yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun
pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih.
Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan
seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah
ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain
yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak
mengalami ketagihan? Dunia perkomputeran, teknologi
maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi
ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam
keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual,
mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka
umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang
menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan
kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah
gulana sekiranya tidak berpeluang? melayan sahabat?

Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction.com mendapati ada lima kategori bahan
kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan
seperti berikut:
1. Ketagihan seks siber? cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber? keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3.Ketagihan maklumat? mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur
ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer? terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran,
ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer? mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti.

Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet
menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan
konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di
samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian
bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang
boleh menyebabkan ketagihan:
1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
2.Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan
sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan
tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan
secara langsung dengan komputer dan internet dan mulamengasingkan diri
dari masyarakat
6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada
orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan
pertengkaran. Seseorang yang ketagih internet dan komputer
didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti
biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat
mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan
perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi
mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan
individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas.

Konklusinya, Memandangkan hubungan dan
kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak
hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di
samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai
keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan
keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang
dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka
untuk kebaikan sesama manusia.


Majulah sukan untuk negara tetttt! (756 patah perkataan)

No comments: