Monday, November 30, 2009

"Sebarang cobaan untuk melarikan diri dari sini adalah salah!"

Di suatu kedai haiwan. Ya di sekitar kota. Ya sememangnya di Subang Parade. Ada tikus belanda. Ada banyak tikus belanda. Tikus belanda semuanya comel dan gebu. Semua tikus belanda kuat makan. Semua tikus belanda kuat tidur. Tetapi, tidak semua tikus belanda suka beriadah. Tetapi, tidak semua tikus belanda suka berlari di wheel yang diberi.

Di kedai haiwan itu, ada tikus belanda berwarna hitam. Umur dalam pertengahan umur tikus belanda. Diatas rumah plastik tikus belanda hitam itu menghamburkan kata kata bahawasa barang siapa antara tikus belanda disini yang cuba untuk melarikan diri adalah salah! Ini kerana mereka bukanlah G-Force. Mereka bukanlah Hamtaro yang mampu bersaing untuk terus hidup di dunia yang amat global ini. Mereka juga adalah tikus belanda yang masih memerlukan bimbingan daripada tikus belanda hitam untuk terus berdiri diatas kaki sendiri. Dan mereka juga bukanlah Stuart Little.

Tikus belanda hitam juga menyeru agar semua tikus belanda di kedai haiwan itu memakan banyak kuaci. Hal ini kerana, kuaci dapat menggemukkan badan dan mencantikkan bulu.Tikus belanda hitam melarang tikus belanda disitu memakan makanan dalam tin. "Itu hanyalah ideologi barat yang mahu menghapuskan kita semua!" kata tikus belanda hitam. "kalau setakat makanan dalam tin, itu picisan namanya" sambung tikus belanda hitam lagi. Dan, semua tikus belanda haruslah berusaha untuk menjalani hidup yang sihat dan menggunakan wheel yang diberikan supaya mereka menjadi tough seperti Malek Nor. mereka juga boleh menjaga diri mereka apabila mereka berada berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh tikus belanda yang sememangnya tidak mempunyai sivik.

Setiap hari semua tikus belanda dikerah dan dipaksa untuk melakukan aktiviti yang berat. semua aktiviti ini diketuai oleh tikus belanda hitam dan dibantu oleh tikus belanda belang belang. seperti biasa jika dalam filem barat hollywood, anda, akan kelihatan, pembantu penjahat akan dibantu oleh pembantu yang berbadan sasa dan angkuh lagi takbur dan berhati soldadu.

Pernah sekali tikus belanda parsi yang berbulu tebal seinci cuba untuk melarikan diri dari kedai haiwan. dia, yang bernama Kitty bersama-sama Jenny mencantas dawai kasa yang sememangnya tajam itu dengan giginya yang agak kearnab-an. Ya dia gagal, tikus belanda hitam telah membelasahnya sehingga mati. Dan bangkainya dibuang di tong sampah berdekatan sangkar. Kitty mati segitu sahaja. Tanpa pampasan mahupun royalti. Jenny pula telah disalib dipagar berdekatan dengan pusat minuman (baca: seperti botol susu bayi)

Si tikus belanda hitam menggesa agar semua tikus belanda disitu supaya lebih cergas agar dapat menarik perhatian pembeli di datang. ini kerana para pembeli hanya mahu membeli tikus belanda yang cergas sihat dan montel. ya montel.

Awal pagi ahad, ketika semua tikus belanda sedang lena diulik mimpi, seorang perempuan dalam lingkugan belasan tahun. mungkin budak sekolah yang kena grounded. mungkin. Dia datang bersama ibunya. Telah membeli tikus belanda hitam dan beberapa ekor tikus belanda yang lain. Dengar kata tikus belanda hitam kini tinggal di kawasan perumahan di Usj 1. Mungkin grandville. mungkin tidak.

Sejak dari hari itu, seruan tikus belanda hitam sudah mula menghilang. malah ada juga tikus belanda yang mula memakan makanan dalam tin. "semoga kalian yang melarikan diri akan dimakan anjing Rusia mahupun kucing jalanan yang berpeleseran" doa tikus belanda hitam itu di dalam sangkar barunya.

3 comments:

nur azlyn said...

'Dan, semua tikus belanda haruslah berusaha untuk menjalani hidup yang sihat dan menggunakan wheel yang diberikan supaya mereka menjadi tough seperti Malek Nor' ...HAHAHA xleh blah siut -.-'

Adam Depoyster said...

watak utama tikus belanda hitam? kau ni ada ape2 ke? -.-

Rhoma said...

Kitty? Mati pulak tuu. -________-