Wednesday, January 13, 2010

Sedang aku bermanja dengan mama, kedengaran bingitan Ambulans dihadapan rumah. Oh terasa macam kat New York pula.

"Haa ini kepala bapak kau, ini kepala bapak aku, kau pijak kepala bapak aku, aku pijak kepala bapak kau. Santek!" kata Tisin kepada Alex. Mereka bergaduh sebab Alex cakap bapak Tisin babi. Tisin membalas, "Eii ei kepala bapak jangan main eh. Kepala babi boleh, aku pantang betul orang main nama bapak aku." (Tisin melayu tipikal. sungguh)

"Ada ke patut si Alex tu cakap macamtu kat kau Tisin, kalau aku kan Sin, dah lama aku pijak dia do!" bakar Param yang memang tidak suka kepada Alex sejak dia dimalukan di Mall tahun lepas. "Memang aku ada panas hati juga dengan Alex tu semenjak tahun lepas lagi." Sambung Param lagi. Tisin hanya membisu. Mungkin tengah kumpul power. Mungkin dia terfikir untuk report kat bapak dia. Dia juga sedar dia dah masuk 17 tahun lagi 2 bulan mendatang.

Param memang firestone. Penulis kata dia racist kepada golongan cina. Tah la kau tanya la writer. Aku tukang taip je. Okay nanti aku bagitau Widdle.

Okeangs sambung cerita. Tisin seorang yang agak terpengaruh dengan angkatan kumpulan gengster melayu. Dia call abang long dia suruh pukul Alex.


******************************************************************
(TAMMAT PERSEKOLAHAN) LOKASI: SEKITAR BELAKANG KEDAI MAKAN


Tidak kurang juga seperti Tisin. Alex juga mengimport lenchai dia dari China untuk membelasah Tisin bagi pihak dia. Okey kita alihkan perhatian sebentar kepada Munirah yang menyorok dibelakang pintu tong sampah mengintai lelaki idamannya Tisin. Dia memang sukakan Tisin sejak tamat Penilaian Menengah Rendah lagi. Okey kita kembali ke lokasi pertembungan, Abang long Tisin pegang cota,(bila masa?) manakala lenchai Alex hanya menyandang beg galas. Berisi bom didalam. Param menjerit, "Tisin, lari! Dia ada bom!" Tisin patuhi arahan Param. Dia dan abang long nya berlari ke arah kekedaian. Lenchai Alex membaling bom itu kearah mereka. Tapi Tisin elak. Bom itu meletup di pusat keagamaan.












Lanjutannya, sila baca di surat khabar. Sorry bro gua taknak masuk ISA.

Sunday, January 3, 2010

Tikus mondok berkeliaran lobi hotel.

Aku bosan kerja. Berdiri. Berdiri. Berdiri. Setiap setengah jam mesti dapat duit. Bosan. Macamana nak beli Smart For Four Brabus Edition atau pun Mclaren Mercedes SLS.

Sementara masa masih unggul dan masih tidak dilemma kelewatan. Kau kena tunggu bas. Ye tunggu bas selama 45 minit untuk ke tempat kerja. Adalah suatu perkara yang membuatkan kau mahu bunuh diri. Macam Teoh Beng Hock. (ini adalah kenyataan dari kerajaan).

Dan kau juga perlu membeli sekotak rokok 20' ketika rehat. Dia adalah teman sejati kau ketika bosan. Selalu mendampingi kau. Tak macam benda lain. Teman wanita hanya menemani kau ketika di pusat beli belah manakala Teman lelaki hanya mahu menemani kau ketika kau sedang bogel di bilik berdua duaan. Kenyataan ini selari dengan arus membangunan zaman yang memaksa kita semua mencari kuasa.

Kuasa itu hanya mampu didapati ketika dompet kau tebal. Ya atau ketika mulut kau tidak mampu tertutup. Lagi mungkin ketika kulit muka masih tidak berkedut. Aku rasa kau sendiri boleh faham apa yang aku maksudkan dengan KUASA.

Jadi kau kena ada kuasa. Kuasa kau mesti polemik dan ampuh seperti tiang yang kukuh. Macam Burj Dubai. Inkheart. Castration. Welling of 7 Wells. Kau pasti mati.