Sunday, January 3, 2010

Tikus mondok berkeliaran lobi hotel.

Aku bosan kerja. Berdiri. Berdiri. Berdiri. Setiap setengah jam mesti dapat duit. Bosan. Macamana nak beli Smart For Four Brabus Edition atau pun Mclaren Mercedes SLS.

Sementara masa masih unggul dan masih tidak dilemma kelewatan. Kau kena tunggu bas. Ye tunggu bas selama 45 minit untuk ke tempat kerja. Adalah suatu perkara yang membuatkan kau mahu bunuh diri. Macam Teoh Beng Hock. (ini adalah kenyataan dari kerajaan).

Dan kau juga perlu membeli sekotak rokok 20' ketika rehat. Dia adalah teman sejati kau ketika bosan. Selalu mendampingi kau. Tak macam benda lain. Teman wanita hanya menemani kau ketika di pusat beli belah manakala Teman lelaki hanya mahu menemani kau ketika kau sedang bogel di bilik berdua duaan. Kenyataan ini selari dengan arus membangunan zaman yang memaksa kita semua mencari kuasa.

Kuasa itu hanya mampu didapati ketika dompet kau tebal. Ya atau ketika mulut kau tidak mampu tertutup. Lagi mungkin ketika kulit muka masih tidak berkedut. Aku rasa kau sendiri boleh faham apa yang aku maksudkan dengan KUASA.

Jadi kau kena ada kuasa. Kuasa kau mesti polemik dan ampuh seperti tiang yang kukuh. Macam Burj Dubai. Inkheart. Castration. Welling of 7 Wells. Kau pasti mati.

2 comments:

Adam Depoyster said...

ehh asal tk bahan aku? :D

Anonymous said...

Kuasa, ya. Seperti Ariel Sharon, yg mengeluarkan kata kata 'Don't worry about America we control them.", justifikasi yg digunakan utk membaham umat falastin dgn wewenangnya, anak anak yg kehilangan ibu bapa, abang adik, kakak kakak saudara saudara, berbekalkan batu kerikil, lebur dek muntahanan kereta kereta kebal. Tapi tgk la kemana die sekarang? Menyembah bumi, saluran darah ke otak nya pecah hingga retak seribu. Dan kita disini mengimpikan "Smart For Four Brabus Edition atau pun Mclaren Mercedes SLS", gadis gadis 'munggil' menunggu di rumah rumah 'agam'dalam keadaan mengiurkan, rokok rokok yg menjahanamkan paru paru, bronchioles, aviolies, bronchii. Sumanya mengundang kepada dosa dosa besar yg jika berterusan mengelapkan hati hati mukminin yg akan menjerumuskan kepada liku liku neraka weil..Burj Dubai berdiri megah diatas keringat dan air mata ummah yg perlu pembelaan. Sepatut mereka mereka yg 'hubbud dunya' secara yg perlu di 'castrate'kan.

Penglipur lara