Di suatu kedai haiwan. Ya di sekitar kota. Ya sememangnya di Subang Parade. Ada tikus belanda. Ada banyak tikus belanda. Tikus belanda semuanya comel dan gebu. Semua tikus belanda kuat makan. Semua tikus belanda kuat tidur. Tetapi, tidak semua tikus belanda suka beriadah. Tetapi, tidak semua tikus belanda suka berlari di wheel yang diberi.
Di kedai haiwan itu, ada tikus belanda berwarna hitam. Umur dalam pertengahan umur tikus belanda. Diatas rumah plastik tikus belanda hitam itu menghamburkan kata kata bahawasa barang siapa antara tikus belanda disini yang cuba untuk melarikan diri adalah salah! Ini kerana mereka bukanlah G-Force. Mereka bukanlah Hamtaro yang mampu bersaing untuk terus hidup di dunia yang amat global ini. Mereka juga adalah tikus belanda yang masih memerlukan bimbingan daripada tikus belanda hitam untuk terus berdiri diatas kaki sendiri. Dan mereka juga bukanlah Stuart Little.
Tikus belanda hitam juga menyeru agar semua tikus belanda di kedai haiwan itu memakan banyak kuaci. Hal ini kerana, kuaci dapat menggemukkan badan dan mencantikkan bulu.Tikus belanda hitam melarang tikus belanda disitu memakan makanan dalam tin. "Itu hanyalah ideologi barat yang mahu menghapuskan kita semua!" kata tikus belanda hitam. "kalau setakat makanan dalam tin, itu picisan namanya" sambung tikus belanda hitam lagi. Dan, semua tikus belanda haruslah berusaha untuk menjalani hidup yang sihat dan menggunakan wheel yang diberikan supaya mereka menjadi tough seperti Malek Nor. mereka juga boleh menjaga diri mereka apabila mereka berada berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh tikus belanda yang sememangnya tidak mempunyai sivik.
Setiap hari semua tikus belanda dikerah dan dipaksa untuk melakukan aktiviti yang berat. semua aktiviti ini diketuai oleh tikus belanda hitam dan dibantu oleh tikus belanda belang belang. seperti biasa jika dalam filem barat hollywood, anda, akan kelihatan, pembantu penjahat akan dibantu oleh pembantu yang berbadan sasa dan angkuh lagi takbur dan berhati soldadu.
Pernah sekali tikus belanda parsi yang berbulu tebal seinci cuba untuk melarikan diri dari kedai haiwan. dia, yang bernama Kitty bersama-sama Jenny mencantas dawai kasa yang sememangnya tajam itu dengan giginya yang agak kearnab-an. Ya dia gagal, tikus belanda hitam telah membelasahnya sehingga mati. Dan bangkainya dibuang di tong sampah berdekatan sangkar. Kitty mati segitu sahaja. Tanpa pampasan mahupun royalti. Jenny pula telah disalib dipagar berdekatan dengan pusat minuman (baca: seperti botol susu bayi)
Si tikus belanda hitam menggesa agar semua tikus belanda disitu supaya lebih cergas agar dapat menarik perhatian pembeli di datang. ini kerana para pembeli hanya mahu membeli tikus belanda yang cergas sihat dan montel. ya montel.
Awal pagi ahad, ketika semua tikus belanda sedang lena diulik mimpi, seorang perempuan dalam lingkugan belasan tahun. mungkin budak sekolah yang kena grounded. mungkin. Dia datang bersama ibunya. Telah membeli tikus belanda hitam dan beberapa ekor tikus belanda yang lain. Dengar kata tikus belanda hitam kini tinggal di kawasan perumahan di Usj 1. Mungkin grandville. mungkin tidak.
Sejak dari hari itu, seruan tikus belanda hitam sudah mula menghilang. malah ada juga tikus belanda yang mula memakan makanan dalam tin. "semoga kalian yang melarikan diri akan dimakan anjing Rusia mahupun kucing jalanan yang berpeleseran" doa tikus belanda hitam itu di dalam sangkar barunya.
Monday, November 30, 2009
Sunday, November 29, 2009
Sesi temubual bersama Tan Sri Zakwan Fitri.
Media : Erm Assalamualaikum Encik Zakwan Fitri. Boleh encik luangkan sedikit masa dengan saya sebentar.
Zakwan : Ermm berapa lama? dalam 5 minit kebawah saya benarkan. Tender banyak la nak kena settle.
Media : Oh tak lama. sekejap ajee. Boleh ke takpe Encik Zakwan?
Zakwan : Eh jangan la berencik encik dengan saya la. panggil saja saya Zakwan. Kalau nak lebih manja. Panggil abang. Ermm kamu sudah berkahwin?
Media : (senyum dalam hati lalu berbisik. "ada chance ni.") Eh belum. bercinta pun jarang. apakan lagi berkahwin.
Zakwan : hahahaha kamu ni jenaka sungguh. seperti nabil. Kalau macamtu kamu boleh berkahwin dengan saya? saya boleh belikan kamu apa saja yang kamu mahu.
Media : ermm encik Zakwan, saya ni sebenarnya hanya nak temubual encik. bukan nak suruh encik Zakwan merisik saya.
Zakwan : Oh kalau macamtu tak mengapa lah. Kamu boleh keluar sekarang. saya ada banyak appoinment lain ni. SECURITY!!
********************************************
Pihak media itu diusung keluar dan dicampak oleh pengawal di lobi. Sungguh memalukan. Ya sungguh. Ya memalukan. Seminggu selepas itu. Tersebarlah kontroversi bahawasa Tan Sri Zakwan seorang darwinis dan berhati lintah.

Saturday, November 14, 2009
kau ni dah kenapa?
Tadi aku baca neina punya status, "i went at library s.a today, damn its pack in here!" whoah. fuh nasib baik aku ada wedding tadi. alalalalaa last last minute baru la nak tunjuk baik. ala sebenarnya bukan baik pun. kawan ajak melepak. tett!
Apa apa pun, aku dalam proses menjadi angel dalam masa sebulan ni. teruskan membaca kalau nak tau result aku. thank you!

Thursday, November 12, 2009
internet addiction disorder
Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah
menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi
sejenis penyakit
atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet
addiction disorder) atau pun ketagihan komputer?
Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan?
Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu
terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku
disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet
juga boleh menyebabkan ketagihan? Ini merupakan satu aspek
yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian
memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan
internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab
tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh.
Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari
ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan
sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga
difikirkan.
Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk
yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun
pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih.
Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan
seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah
ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain
yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak
mengalami ketagihan? Dunia perkomputeran, teknologi
maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi
ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam
keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual,
mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka
umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang
menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan
kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah
gulana sekiranya tidak berpeluang? melayan sahabat?
Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction.com mendapati ada lima kategori bahan
kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan
seperti berikut:
1. Ketagihan seks siber? cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber? keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3.Ketagihan maklumat? mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur
ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer? terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran,
ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer? mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti.
Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet
menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan
konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di
samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian
bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang
boleh menyebabkan ketagihan:
1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
2.Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan
sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan
tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan
secara langsung dengan komputer dan internet dan mulamengasingkan diri
dari masyarakat
6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada
orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan
pertengkaran. Seseorang yang ketagih internet dan komputer
didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti
biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat
mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan
perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi
mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan
individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas.
Konklusinya, Memandangkan hubungan dan
kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak
hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di
samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai
keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan
keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang
dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka
untuk kebaikan sesama manusia.
Majulah sukan untuk negara tetttt! (756 patah perkataan)

Subscribe to:
Posts (Atom)