Friday, February 12, 2010

Shah Alam - Gemas - Pulau Pangkor - Kuala Kangsar - Kuala Lumpur

Percaya atau tidak kami menjelajah kesemua tempat diatas hanya dalam masa kurang 1 hari. Kalau nak terkejut, baik sekarang. Sebab lepas ni banyak lagi kejutan untuk korang. Kisah yang menyayat hari ini bermula dari depan rumah fadhil.

Zakwan, Hafeez dan Azim berlaku bosan di depan rumah Fadhil. Dan Zakwan, seorang remaja pintar berjaya menangkap idea keluar dari otaknya. "kita travel jom! dalam sehari, kita berjalannnn je" They set and go. haih. Bosannya memandu BMW M3 E46 ni. Dengan kelajuan 220 km/h kami sampai di Gemas hanya dalam masa 30 minit dari Shah Alam.

Sesampai sahaja kami di Gemas, Hafeez terus meluru ke arah nenek tua. Sangat tua. Paling tua. Tua gila nak mampus (mampus lagi bagus kot) Okay nenek tua tu nenek Hafeez lah! OEMGIII!! nenek tu meninggal dunia 2 saat lepas aku kutuk dia. Bosan tengok orang mati, kitaorang pun bergerak ke Pulau Pangkor. Ada pp disana. Sesampai sahaja, pp itu ditamatkan. disebabkan pihak pengurusan mengesyaki ada pengunjung menghisap dadah (dah macam parti budak shah alam je)

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar dimana hanya 10minit sahaja masa diambil dari Pulau Pangkor. M3 kan? haih. Opah dah meninggal, Tinggal Cik Mat, Cik Husin dan kambing mereka. Hmmm. Ciao Cik Mat Cik Husin!

Kuala Lumpur destinasi seterusnya. Sesampai sahaja di Plaza Tol Duta....(lagu Lady Gaga berkemundang dari phone Fadhil. Alaaa! "Fadhil mak kau call do"




Aplikasi peta dalam telefon Fadhil tadi dipadamkan. Hmmm. chaitt!

No comments: