Ketika para ibu bapa dalam usaha memujuk anak kecil mereka memakan sayur dalam makan malam, aku, sibuk menyorong trolley tetamu hotel ke dalam bilik. Dia seorang VIP. Peduli apa aku. Aku minta juga duit tips. rm50 dihulur. Aku menyambung, kalau dato' inginkan apa apa dato' hanya perlu call extension #4. Dia menjawab, "Santek!"
Kerja aku memang bosan. sumpah! sekarang aku dah berhenti. Tapi esok aku kerja balik. Aku nak sapu call girl untuk diimport ke dalam bilik suite 1214. Hanya rm5000 semalam dengan 1 sarapan pagi. Itu juga tidak mengghairahkan aku. Bosan tetap bosan.
Hampir semua pekerja disitu gemar berjudi. Baik lelaki baik perempuan. Baik Melayu, Cina atau India. Semua hisap rokok Dunhill. Tapi hanya segelintir mat rempit sahaja hisap Nusantara. Pun begitu dan sebaliknya, Itu juga tidak mengghairahkan aku. Bosan tetap bosan. Sumpah!
Kata Kamil, Seorang jockey kereta yang sudah bekerja hampir 5 tahun. "baik kau cari kerja lain. kau kerja sini apa pun kau tak dapat. yelah duit tu memang la dapat. BODOH!"
Aku tak suka kerja sebegitu. Kerja penuh hipokrit, kaki ampu, mulut manis dan berbudi bahasa. Secara jujurnya aku bukan seorang yang sebegitu.
Labels for this post is peak hour.
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Huuuuu . 'Arus Biru' pon ade servis sebegitu? Kuek iman ko jang, sehebat Nabi Yusuf 'Alaihis Salam yg terkoyak baju nyer diblakang demi mengawal Iman yg sejati.... Dunia ini fana' so maintain if nt better bro. Chill
Penglipur Lara
Post a Comment