Haish. Mak ni memekak lah. Tahu lah orang nak bangun sendiri. Pagi pagi dah bising suruh pergi sekolah. Setelah bosan dengar mak membebel aku pun bangun dari katil yang setaraf dengan King Leona 15th Century.
Aku menjatuhkan boxer Calvin Klein (ewahhh) aku ke lantai dan sepantas kilat aku balut badanku dengan tuala. Dan selepas itu, dengan selamber badak aku berjalan lenggang kangkung depan mak yang sedang mengamuk suruh bangun. Aku check jam kat handphone. Baru 6.50! Awal gila nak mampos tu mak oi. Yelah bagi aku pegi sekolah pukul 11pagi pun masih awal. Haishh.
7.05 pagi. Ally Iskandar mula mencarut dikaca televisyen usang di ruang tamu. Sambil tengok muka comel mamat tu aku pun memakai uniform sekolah dan seluar sekolah yang bapak sentengg! (tapi kalau ally iskandar tu jadi gaypartner okay gak en). Dah tua pun takreti reti nak kahwen! Mangkok! Kahwin dengan i nak ally? Hu3.
7.20 pagi. Selepas selesai memakai kasut sekolah Converse (dahdahlatu) aku pun membuka pintu rumah dan siap untuk ke sekolah. Tiba tiba sekumpulan gadis gadis berpakaian seperti ini
Dan juga seperti ini,
Mereka mengepung aku agar tidak dapat aku lari mereka. Aku tidak dibenarkan menjerit kerana mereka tidak membenarkan aku menjerit.
Dan aku tewas.
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
alasan untuk tak pergi sekolah kan?
Post a Comment