Friday, February 19, 2010

Blog ini berbahasa Malaysia. Terima kasih

Mungkin ada sesetengah rakyat Malaysia yang suka berbahasa rojak. Ada juga berbahasa baku, (misalnya) ada juga berbahasa Melayu. Inggeris mana mungkin tidak boleh jadi. Tapi aku pilih untuk berbahasa Melayu.


Sesetengah awek awek hot diluar sana (acah acah anak dato') berasa geli apabila berbahasa Melayu. Itulah hakikatnya. Sesetengah mamat mamat hot (acah acah kacak) akan menggunakan bahasa Inggeris pabila menjinakkan kumbang betina. (acah acah jugak tu)

Tapi aku pilih bahasa Melayu. Sebab sebab aku berbahasa Melayu adalah kerana aku Melayu. Dan kacak. Sesetengah mamat mamat (acah acah kacak) diluar sana akan selalu menunggu aku untuk keluar dari rumah. Mengaplikasikan fesyen terbaru daripada aku (walhal hanya berseluar trek dan singlet) mereka tetap akan berpesan pada rakannya untuk turut mengikuti fesyen itu. (Aku lali)

Ada sesetengah lelaki akan berkelakuan (acah acah depressed) apabila bersama wanita, gadis dan perempuan agar mendapat perhatian.


Minggu lepas saya ke SACC Mall bersama kawan untuk makan malam. Terdapat seorang gadis dipenjuru dinding sedang memerhatikan. Saya. Mana mungkin beliau memerhatikan adam. adam lutsinar pada waktu malam. Tambahan, dia gemuk dan hitam. Jelas seperti king kong di Kalumpang. Dia terus menangis sejurus saya menoleh kepadanya.

"Err awak okay ke?" tanya Zakwan.
"Saya takdapat hidup tanpa awak Zakwan" namanya Melissa. Dia sambung menangis.
"Awak ada tisu tak?" tanya Melissa.
"Erm erm. Maaf. Saya sibuk la. Awak boleh menangis dalam kereta saya. Terus saya hulurkan Subaru Impreza WRX Sti S204 kepadanya.
"Mungkin ada tisu kot dalam kereta tu." Ujar Zakwan.
"Awak takmahu teman saya ke?" Melissa kata.
Cubaan beliau untuk mendakap peha saya tidak kesampaian.
"Awak, saya kena pergi la."




Jangan awak taburkan duit keatas saya.

Tak best. Taburkan kasih sayang.

2 comments:

Adam Depoyster said...

aku adam kan? cantekk :D

awaina said...

zakwan poyo -_- hahahahah